Cara Daftar FoodPanda Partner Untuk Restoran Dan Penjual Makanan

Jika anda mempunyai perniagaan makanan tak kiralah sama ada yang berasaskan restoran atau di rumah, ketahui cara daftar FoodPanda Partner secara online supaya anda boleh meluaskan lagi capaian perniagaan melalui Aplikasi FoodPanda yang semakin popular di Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, sejak PKP dilanjutkan, semakin ramai yang mencari rezeki dengan perniagaan dari rumah serta perniagaan yang berasaskan makanan.

Baca juga : Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1: Cara Permohonan Dan Semakan

Ini bukan sahaja memudahkan mereka yang sukar untuk keluar membeli makanan di luar, bahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu menambah pendapatan, sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Jom ketahui lebih lanjut tentang FoodPanda dan cara daftar FoodPanda Partner untuk restoran, warung, kedai makan atau perniagaan makanan anda.

daftar foodpanda partner

Apakah FoodPanda?

FoodPanda merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang semakin terkenal di Malaysia.

Ia menawarkan penghantaran pelbagai jenis makanan hingga ke pintu rumah dengan cepat dan mudah.

Pembeli di hampir kesemua negeri di Malaysia boleh membuat pembelian melalui laman web FoodPanda ataupun aplikasi FoodPanda.

Antara lokasi yang sesuai untuk jadi partner dengan FoodPanda adalah:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
  • Negeri Sembilan – Seremban
  • Johor – Johor Bahru
  • Perak
  • Perlis
  • Sabah
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri

Apakah FoodPanda Partner & Kelebihannya

FoodPanda Partner merupakan kerjasama antara pemilik FoodPanda dengan pemilik kedai makan atau restoran untuk menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan.

Dengan mendaftar sebagai partner kepada Foodpanda, anda boleh mempromosikan restoran atau perniagaan makanan anda secara online serta menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan.

Jadi, bagaimana ia berfungsi sebenarnya?

  • Pelanggan memasukkan alamat penghantaran melalui aplikasi atau laman web dan memilih restoran berdekatan.
  • Restoran menerima pesanan melalui tablet yang disediakan oleh FoodPanda, dan mula menyediakan makanan untuk tertentu mengambil masa.
  • Rider FoodPanda akan tiba pada masa yang tepat bagi mengambil dan menghantar order itu dalam 30 minit setelah pesanan dilakukan oleh pelanggan.
  • FoodPanda akan membayar setiap minggu bagi order anda di samping menyediakan laporan prestasi bagi pencapaian anda di FoodPanda.

Cara Daftar FoodPanda Partner

Jika anda berminat untuk menyertakan restoran, kedai makan atau produk makanan homemade anda melalui FoodPanda, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web rasmi FoodPanda atau terus ke pautan https://www.restaurant.foodpanda.my/
  2. Laman web FoodPanda akan memaparkan ‘Partner Dengan Kami’
  3. Tekan butang DAFTAR SEKARANG
  4. Anda perlu mengisi beberapa ruangan berkaitan perniagaan anda.
  5. Pada ruangan ‘Business Type’, sila pilih ‘Restaurant’.
    (Nota: Jika anda mempunyai perniagaan dari rumah, sila pilih Restaurant > Home based Kitchen)
  6. ‘Restaurant Name’, masukkan nama penuh restoran / kedai makan / gerai / warung atau nama perniagaan makanan anda.
  7. Pada ‘City’, pilih bandar tempat perniagaan anda dijalankan.
  8. Untuk teruskan daftar FoodPanda Partner, pada Restaurant Address/Alamat Restoran, masukkan alamat penuh anda.
  9. Pada First Name/Nama Pertama, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  10. Pada Last Name/Nama Keluarga, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Rozali Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Rozali pada Last Name.
  11. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  12. Pada Email, masukkan emel untuk perniagaan anda.
  13. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
  14. Pada bahagian ‘Menu Upload’, anda perlu upload gambar / salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini.
  15. Anda juga boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan FoodPanda dan isikan untuk rujukan anda.
  16. Kemudian, tekan butang ‘Submit Form’.

Langkah Pengaktifan

Setelah berjaya daftar FoodPanda Partner, anda perlu membuat beberapa lagi langkah pengaktifan iaitu;

  • Tunggu kelulusan. Jika lulus, FoodPanda akan menghantar kontrak untuk dipersetujui dan ditandatangani.
  • Setelah itu, anda akan menerima pratonton menu anda.
  • Anda juga akan menerima peranti FoodPanda.
  • Pihak FoodPanda akan memberi latihan kepada anda melalui panggilan.
  • Setelah selesai semua langkah ini, akhir sekali restoran anda akan LIVE di FoodPanda Malaysia dan makanan yang disenaraikan dalam menu boleh dibeli oleh pengguna melalui Aplikasi FoodPanda.

Baca juga : Pendaftaran Program GLOW Penjana Oleh MDEC 2020

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang FoodPanda dan langkah mendaftar sebagai rakan niaga / Partner FoodPanda, sila layari http://www.foodpanda.my.

Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, terus hantarkan e-mel permasalahan anda melalui support@foodpanda.my atau hubungi mereka melalui media sosial seperti Facebook FoodPanda Malaysia, IG foodpandamy, atau Twitter FoodPandaMy

Leave a Comment