Pendaftaran Program GLOW Penjana Oleh MDEC 2020

Pendaftaran sebagai peserta GLOW Penjana telah dibuka mulai 23 Ogos 2020.

Untuk pengetahuan anda, GLOW PENJANA adalah satu inisiatif dari pihak kerajaan dengan kerjasama MDEC melatih dan memberi kursus online secara percuma kepada individu yang layak untuk menjana pendapatan melalui kaedah pekerjaan digital.

Tahukah anda apa itu GLOW Penjana dan bagaimana cara untuk menyertai program ini?

Jom kami kongsikan serba sedikit maklumat tentangnya.

Apakah GLOW Penjana?

Program Global Online Workforce (GLOW) adalah inisiatif kerajaan bagi warganegara Malaysia untuk menjana pendapatan digital secara bebas – melalui platform freelancing dan crowd-sourcing secara sepenuh masa dan secara konsisten.

Paling menarik, Tiada sebarang yuran yang dikenakan untuk menyertai program ini – ia adalah PERCUMA!

glow penjana

Syarat Kelayakan

Pendaftaran Program GLOW PENJANA terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun dan keutamaan akan diberikan kepada :

  • Individu yang diberhentikan kerja (retrenched).
  • Individu yang dikurangkan gaji bulanan (salary cut).
  • Mahasiswa yang menganggur lebih dari 6 bulan.

Anda juga perlu mempunyai beberapa kemahiran minimum seperti berikut:

  • Pertama sekali, anda harus celik komputer.
  • Kedua, mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana
  • anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa
  • Ketiga, memilik set kemahiran khusus yang dikehendaki (Sila rujuk kepada senarai)
  • Yang terakhir dan paling penting sekali adalah komitmen, usaha dan ketekunan anda.

Keistimewaan Program GLOW Penjana

Melalui program GLOW PENJANA, individu yang terpilih akan memperoleh :

  • 3 Hari Latihan Intensif Secara Online
  • 3 Bulan Sesi Mentoring dan Bimbingan Freelancer berpengalaman.
  • Peluang Menjana Pendapatan di Pasaran Freelance Peringkat Global.

Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE, maka anda tidak perlu bergerak ke mana-mana dan tak perlu risau tentang modal atau kos yang terlibat.

Dengan cara ini anda dapat fokus menjana pendapatan hanya dari rumah.

Dokumen Yang Diperlukan

Kepada individu yang berminat untuk menyertai program ini, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan di bawah sebagai melengkapkan proses pra-permohonan pendaftaran.

Dokumen yang diperlukan adalah :

  • Surat Diberhentikan Kerja / Employment Termination Letter.
  • Curriculum Vitae (CV) atau Resume.
  • Surat Pengurangan Kadar Gaji / Salary Reduction Letter.
  • Pay slip – Terkini dan Bulan Sebelum (bersama bukti potongan gaji).
  • Dokumen sokongan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) / PERKESO /JobsMalaysia Portal).
  • Sijil-sijil berkaitan.

Pra-permohonan tanpa dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diproses.

Baca juga : PKSK: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 Dan 4

Cara Permohonan

Untuk menyertai GLOW Penjana, berikut adalah langkahnya:

  1. Pergi ke laman web rasmi GLOW Malaysia di https://glowmalaysia.com/
  2. Klik butang ‘Daftar’
  3. Isi maklumat dalam borang ‘Pra Pendaftaran’ yang dipaparkan.
  4. Kepilkan dokumen sokongan yang diperlukan
  5. Buat pengesahan dan tunggu e-mel selanjutnya setelah melalui proses saringan.
  6. Sekiranya terpilih, anda akan menerima e-mel untuk menyertai program latihan yang dianjurkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi GLOW Penjana di https://glowmalaysia.com/ atau hubungi GLOW di talian 1-800-88-8338.

Anda juga boleh e-melkan pertanyaan melalui support@glowmalaysia.com atau terus berhubung di

2360 Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

ATAU

Sila rujuk Facebook https://www.facebook.com/myerezeki

Leave a Comment