Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1: Cara Permohonan Dan Semakan

Pakej bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 telah diumumkan oleh Kerajaan Pulau Pinang 6 Mei yang lalu untuk mereka yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Bantuan ini masih dibuka sehingga 15 September 2020.

Bagi yang berminat dan belum memohon bantuan ini, sila rujuk info selanjutnya di bawah.

Apakah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1

Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 ini merupakan bantuan berjumlah RM4.5 juta yang disasarkan kepada 6 golongan iaitu

  1. Syarikat penganjur acara (event management),
  2. Pertubuhan/persatuan yang aktif
  3. Pertubuhan rumah ibadat bukan Islam,
  4. Pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang
  5. Petani
  6. Pengusaha kantin sekolah

Kesemua pemohon perlulah yang sah berdaftar dengan jabatan berkaitan dan bertapak di Pulau Pinang.

pakej bantuan rakyat pulau pinang 2.1

Syarat Kelayakan Dan Cara Permohonan

Syarat kelayakan bagi setiap kategori pemohon adalah seperti berikut:

1. Syarikat Penganjur Acara (Event Organizer)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan RM50,000.00 untuk bantuan khas kewangan one-off RM500.00 kepada sejumlah 100 syarikat penganjur acara (event organizer) di Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.

Meja bantuan :
046505171 (Puan Masayu)
046505176 (Puan Amira)

Waktu Operasi :
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

2. Pertubuhan / Persatuan Yang Aktif

A. Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar di Pulau Pinang

Pakej Bantuan Rakyat Negeri Pulau Pinang 2.1 yang telah dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang.

Pertubuhan / persatuan dipelawa untuk mengemukakan permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Berdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020;
  • Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (berdasarkan pengkalan data ROS); dan
  • Bukan berstatus rumah ibadat bukan Islam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan:-
(04) 650 5568 / psu.kebajikan@gmail.com

Waktu Operasi:
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin – Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

B. Pertubuhan/Persatuan Belia Yang Berdaftar
Dengan Pertubuhan Belia Malaysia (ROY)

Pakej Bantuan Rakyat Negeri Pulau Pinang 2.1 yang telah dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan belia yang aktif dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia malaysia (ROY).

Pertubuhan / persatuan dipelawa untuk mengemukakan permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pertubuhan Belia yang beralamat di Pulau Pinang yang Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia
  • Berstatus pertubuhan / persatuan aktif ; dan
  • Hanya Pengerusi atau Setiausaha Pertubuhan sahaja dibenarkan membuat permohonan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi meja bantuan :-
(04) 6505669 / bantuanbelia@gmail.com

Waktu Operasi :
8.00pg – 1.00ptg / 2.00ptg – 4.30ptg (Isnin – Khamis)
8.00pg – 12.00 tgh hari / 2.45ptg – 4.30ptg (Jumaat)

3. Rumah Ibadat Bukan Islam

Di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan tunai one-off RM1,000 melibatkan 1,711 Rumah Ibadat Bukan Islam dengan implikasi kewangan berjumlah RM1,711,000.00.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

  • RIBI perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.

Meja Bantuan:
04-650 5675
04-650 5400
mohdfaizal@penang.gov.my

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 5.00 petang (Isnin – Khamis)
8.00 pagi – 12.15 tengahari / 2.45 petang – 5.00 petang (Jumaat)

4. Pengusaha Buku / Penjual Akhbar

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 yang merangkumi bantuan one-off sebanyak RM500 bagi pengusaha/ penjual akhbar dan buku di Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.

Meja Bantuan:
04-650 5192 ( Puan Wan Afifah )
04-650 5400 ( Encik Hamizan )

Waktu operasi:
8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)
8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg
(Jumaat)

5. Petani

Permohonan ini tidak dibuka secara atas talian.

Bantuan ini diberikan kepada 1142 petani berdaftar dan dikenal pasti di bawah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.

Bantuan input pertanian seperti baja dan benih akan diagihkan.

Baca juga : Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2020 RISDA RM500

6. Pengusaha Kantin Sekolah

Permohonan ini tidak dibuka secara atas talian.

Pengusaha kantin sekolah perlu mengemukakan Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat (SSM) dan penyata bank yang kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (bagi sekolah agama rakyat) melalui sekolah masing-masing.

Bantuan akan disalurkan dalam kadar segera dengan bantuan Jabatan-jabatan yang berkaitan.

Baca juga : Pendaftaran Program GLOW Penjana Oleh MDEC 2020

Tarikh Akhir Permohonan

** Tarikh tutup permohonan bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 2.1 adalah pada 15 September 2020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di https://www.penang.gov.my/.

Leave a Comment