Permohonan Skim Bantuan Jayadiri (Lembaga Zakat Negeri Kedah)

Skim Bantuan Jayadiri (bantuan perniagaan) bagi tahun 2020 telah dibuka khas buat para usahawan dan para peniaga di Kedah.

Bantuan yang diperkenal oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak sekian lama ini adalah untuk membantu membangunkan ekonomi khususnya para asnaf di luar sana.

Tujuan Skim Bantuan Jayadiri LZNK

Antara hasrat LZNK dalam menyalurkan Bantuan Jayadiri atau Bantuan Perniagaan ini adalah sebagai salah satu platform kepada asnaf untuk berusaha mengeluarkan diri masing-masing dari kepompong kemiskinan.

Di samping itu, Zakat Kedah juga berhasrat agar asnaf yang menerima bantuan ini akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat pada satu hari nanti dan sekaligus dapat membantu asnaf lain di luar sana yang memerlukan bantuan zakat.

bantuan perniagaan jayadiri lembaga zakat negeri kedah

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara permohonan Skim Bantuan Perniagaan Jayadiri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila rujuk maklumat sepenuhnya di bawah ini.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Bentuk perniagaan mestilah DIBENARKAN dari segi syarak dan undang-undang.
  3. Sedang menjalankan perniagaan dan mempunyai potensi untuk maju.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari www.zakatkedah.com.my
  2. Klik Menu Agihan -> Senarai Bantuan -> Bantuan Perniagaan Jayadiri
  3. Pemohon perlu mengemukakan sebutharga / spesifikasi barangan / peralatan yang dimohon dengan jelas.
  4. Perlu mengemukakan Salinan Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika ada).
  5. WAJIB mengemukakan LAPORAN BERGAMBAR seperti:
    • a) Rumah pemohon
    • b) Bengkel/kedai semasa
    • c) Peralatan – peralatan sedia ada
  6. Mengemukakan sijil / kursus berkonsepkan perniagaan / keusahawanan (jika ada).
  7. Wajib mengisi dengan JELAS semua ruangan di dalam Borang Bantuan LZNK.
  8. Wajib mengemukakan salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan (jika ada).
  9. Borang yang LENGKAP hendaklah mempunyai cop pengesahan Penolong Amil kariah dan diserahkan bersama semua dokumen-dokumen sokongan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah.

NOTA PENTING:

i. LZNK berhak MENOLAK permohonan sekiranya didapati tidak mengikut syarat-syarat atau maklumat yang diberikan TIDAK BENAR/

ii. LZNK akan MEMBUAT PEMANTAUAN keatas premis perniagaan pemohon dari semasa ke semasa untuk memastikan perniagaan berjalan dengan baik.
Sehubungan itu, pihak pemohon hendaklah memberi KERJASAMA.

Proses Siasatan & Kelulusan

Setiap permohonan yang lengkap akan menjalani proses berikut:

  • Siasatan oleh Penolong Amil atau kakitangan Pejabat Zakat Daerah ke tapak aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Pegawai Zakat Daerah hendaklah memastikan kesemua syarat-syarat dipenuhi sebelum meluluskan/menyokong permohonan tersebut.
  • Pegawai Zakat Daerah hendaklah memberi ulasan yang jelas mengenai kelayakan pemohon.

Kaedah Agihan Bantuan

Kaedah agihan bantuan dilaksanakan melalui cara berikut:

  • Bayaran melalui cek / Electronic Funds Transfer (EFT) terus kepada pemohon sebagai modal pusingan.
  • Bayaran melalui kaedah perolehan. Peralatan/barang akan dihantar kepada pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Skim Bantuan Perniagaan Jayadiri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila salurkan pertanyaan anda melalui Pejabat Zakat Daerah Masing-masing

ATAU

Bahagian Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah

No Telefon : 04-7331740

Alamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Email : bpa@zakatkedah.com

Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Leave a Comment